Bahan2:
1 cawan gula
1 cawan air
campurkan bahan gula dan air - cairkan dulu.
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan tepung sagu
2 1/2 cawan air
esen ros
pewarna - ikut suka
sementara nak bancuh bahan2,panaskan air kukus dulu..
Cara2:
Campur tepung beras dan tepung sagu,bancuh dgn air sehingga sebati dan tidak ada gentel2 tepung. Masukkan air gula dan esen ros.kemudian bahagikan kpd beberapa bekas (ikut warna yg nk dibancuh).tuang dlm bekas lompang, jgn penuh.letak 3 suku je.kukus lebih kurang 15-20 minit.