Sabtu, 30 Ogos 2014

Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap




Bahan-bahan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap


Bahan A (untuk puding karamel):

6 biji telor saiz sederhana
1 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil tepung jagung

Bahan B (untuk karamel):


10 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air panas

Cara Menyediakan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap:


1. Mula-kita kita sediakan untuk karamel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan betul-betul cair dan tidak berketul (lebih kurang dalam 8 - 10 minit).

2. Bila gula telah bertukar keperangan, masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.

3. . Kemudian prepare masak untuk puding karamel, panaskan kukusan. Kisarkan semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan blender. 

4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebih kurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).

5. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan betul-betul sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan. 

6. Siap untuk dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...