Jumaat, 13 Mac 2015

MURTABAK LAPIS KRAKER






Sumber : Blog Sinar Kehidupanku


Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
18 keping biskut krackers ( guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
500 ml santan (*akak letak 400 ml je,  )
1 tin susu cair
6 biji telur
Untuk Lapisan Daging
500 gm daging kisar (*akak guna 400 gm je)
3 biji bawang besar dicincang halus
1 paket serbuk kari daging
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang lobak merah diparut
1 tangkai cili merah- di cincang  
daun bawang daun sup dicincang
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa, sedikit gula

Cara Masak Inti
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Lapisan Kraker.
Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi.
Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
Lapiskan dengan lapisan daging.
Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (*akak buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas diakhiri dengan biskut krakers,  )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...