Paling senang nak buat....
Bahan-bahan:-
* tepung gandum
*air (air biasa x payah air suam)
*secubit garam(kalau xnak masin pun xpe..ikut citarasa sendiri)
*perisa pandan
Bahan inti:-
*kelapa parut digoreng bersama dgn gula merah.....(ikut citarasa la)
Cara-cara membuat:-
* masukkan secubit garam ke dalam tepung gandum...masukkan air...air x perlu cair sangat,dan x perlu pekat..susah nk lenggangkan kalau pekat or terlalu cair..agak2 lah ye...
*masukkan perisa pandan tadi...
~~~panaskan kuali,sapukan minyak sedikit....dan bolehlah lenggangkan adunan td ...selamat mencuba...~~~
Sabtu, 24 Ogos 2013
Sabtu, 3 Ogos 2013
VANILA PANDAN SLICE CHEESE CAKE
Bahan2:
4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70gm butter atau marjerin
70gm tepung gandum (ayak)
70gm gula
4 biji telur saiz M
perisa vanila
perisa pandan (pandan emelco)
1. Potong @ siat slice cheese kecil2 ; campurkan dgn susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api kecil & biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter & kacau hingga larut, tutup api ; sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur & kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang , masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ; pukul lagig, pastikan adunan tak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi. Kacau guna cara kaup balik agar adunan sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian, hijau (pandan), putih (vanilla).
7. Sapukan acuan kek dgn butter & alas dgn kertas. Masukkan adunan kek dlm acuan berselang seli (mcm buat kek karemel).
8. Bakar pd suhu 170C selama 20 minit & turunkan suhu pada 140C selama 40 minit. Gunakan acuan kek 20cm ; bakar guna kaedah steam bath:
www.facebook.com/bukuresepih.
Bahan2:
4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70gm butter atau marjerin
70gm tepung gandum (ayak)
70gm gula
4 biji telur saiz M
perisa vanila
perisa pandan (pandan emelco)
1. Potong @ siat slice cheese kecil2 ; campurkan dgn susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api kecil & biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter & kacau hingga larut, tutup api ; sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur & kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang , masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ; pukul lagig, pastikan adunan tak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi. Kacau guna cara kaup balik agar adunan sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian, hijau (pandan), putih (vanilla).
7. Sapukan acuan kek dgn butter & alas dgn kertas. Masukkan adunan kek dlm acuan berselang seli (mcm buat kek karemel).
8. Bakar pd suhu 170C selama 20 minit & turunkan suhu pada 140C selama 40 minit. Gunakan acuan kek 20cm ; bakar guna kaedah steam bath:
www.facebook.com/bukuresepih.
Ahad, 14 Julai 2013
MURTABAK LIPAT UNTUK BERBUKA...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping instat prata jenama 'KAWAN'
3 biji telur
1 biji bawang holland, dadu kasar
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sos cili untuk dicicah
BAHAN INTI :-)
100 gram daging ayam kisar atau cincang halus
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, didadu kecil
1/2 cawan air
Sedikit kacang pis (jika suka)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk rempah kari, kacau dan tuang air. Tambah daging dan kacau rata. Masak dengan api sederhana. Masuk serbuk lada hitam, cili yang didadu, kacang pis dan sedikit gula. Tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering, dan sejukkan.
UNTUK MURTABAK LIPAT :- Masak roti prata instat seperti arahan pada paket. Ketepikan. Satukan hirisan bawang besar dan daun sup bersama bahan inti. Gaul rata dan bagi kepada 3 bahagian sama banyak. Sediakan non-stick pan saiz 8 inci. Letak sedikit minyak. Ambil 1 bahagian inti dan pecahkan telur ke dalamnya. Kacau rata dan tuang dalam pan. Masak dengan api sederhana hingga inti 3/4 masak. Letak sekeping roti prata tadi dan tekan2 sedikit.
Biar masak sebentar dan berhati2 terbalikkan. Masak sekejap lagi dalam 30 saat. Keluarkan dari non-stick pan, kemudian lipat dia. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
Potong 2 setiap murtabak dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda... Selamat mencuba untuk semua..
Jumaat, 7 Jun 2013
LAKSA PENANG
Saya sebenarnya tak berapa minat laksa penang nie. Yela, orang Johor mestilah minat laksa Johor kan. Tapi cuti sekolah lepas on the way nak ke Langkawi..singgah Bukit Bendera. Order la laksa Penang untuk alas perut. Lepas rasa alamak sedapnya...ditambah lagi dengan otak-otak..pas tu terus jatuh cinta tapi nak makan yang macam kat Penang aje la.. nie nak share resepinya..meme sedap.
LAKSA PENANG
Bahan-Bahan: | |
1 kg laksa (dicelur) 1 kg ikan kembung 2 batang bunga kantan 5 keping asam gelugur 10 biji cili padi 1 tangkai daun kesum 2 sudu besar otak udang 2 batang serai (diketuk) | 4 liter air 1 biji timun (dihiris) sedikit daun salad (dihiris) 2 biji bawang besar (dihiris) 2 sudu besar cili kisar 4 biji telur rebus Garam secukup rasa |
Cara: | |
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus. |
Laksam Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 | |
Bahan-Bahan: | |
Bahan Kuah: 300 gm isi ikan 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu) 4 ulas bawang merah (dikisar) 4 ulas bawang putih (dikisar) 1 batang serai (dikisar) Sedikit halia (dikisar) 2 kiub pati ayam Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris) Minyak masak, garam & lada sulah | 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 2-3 cawan air sedikit garam |
Cara: | |
Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan. | |
Cadangan Hidangan: | |
Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan. Laksam - Langkah Demi LangkahLaksam Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk
memudahkan di tuang ke dalam bekas. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau
apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.
Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung
periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi
menggelembung seperti gambar di bawah.
Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung
gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan
terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam
pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan,
pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman
serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.
Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga
mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan,
bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Kisar kesemua bahan di atas
Bahan lain
Belacan
Garam
Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang
di atas laksam tadi.
Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal.
Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin,
tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan
di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri
semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.
Boleh juga dimakan dengan laksa beras kerana laksa Kelantan dan laksam menggunakan kuah yang sama. Laksa beras sedang direndam.
Enjoy.... |
LAKSA JOHOR SPECIAL
Laksa Johor Special
½ kilo ikan parang (direbus & diasingkan isi dan tulang, dikisar)
1 senduk minyak
Santan cair
Garam, serbuk perasa
BAHAN TABUR:
250gm taugeh (dibuang ekor & dicelur)
2 biji bawang besar (dihiris tipis)
2 biji timun (dibuang kulitnya & empulurnya,dihiris halus)
30gm daun kesum (digunting halus)
Sedikit lobak jeruk
5 biji limau kasturi (dipotong)
BAHAN GILING:
2 batang serai
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
10 biji bawang merah
1 peket kerisik
1 senduk serbuk kari
1 batang kayu manis
BAHAN UNTUK SAMBAL:
Sedikit belacan yang telah dibakar
10 tangkai lada merah
Sedikit serbuk perasa
(dikisar bersama)
Cara:Tuangkan minyak sesenduk kedalam periuk. Tumiskan bahan giling sehingga naik bau. Masukkan santan, garam & serbuk perasa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar.Kemudian siap untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:MAsukkan Mee laksa kedalam mangkuk. Taburkan taugeh,limau kasturi,timun,daun kesum,bawang besar,lobak jeruk & sambal belacan. Tuangkan kuah diatasnya. Kemudian bolelah dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga. SELAMAT MENCUBA!!!
LAKSA JOHOR JATI
Laksa Johor Jati | |||
Bahan-Bahan: | |||
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi) 150 gm udang kering (rendam -mesin) sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin) 20 biji bawang kecil 20 tangkai cili kering 10 biji bawang putih 1 inci halia 2 senduk kari ikan (adabi) 10 keping asam keping 1 biji kelapa (kerisik) 1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan) 5 batang serai 2 inci lengkuas (ketuk) | 1 paket sphageti (rebus 10 minit) 50 sen taugeh Daun selasih/kesom Timun (buang isi/biji) racik halus Limau kasturi Lobak asin halus Sambal belacan | ||
Cara: | |||
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan. 2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit. 3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati. | |||
Cadangan Hidangan: | |||
10 ORANG | |||
Tambahan: | |||
Petua: Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan.jika terlalu pekat campurkan denga air atau santan |
Langgan:
Catatan (Atom)