Jumaat, 7 Jun 2013

Laksam   
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 
Bahan-Bahan:
Bahan Kuah:
300 gm isi ikan
150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 kiub pati ayam
Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris)
Minyak masak, garam & lada sulah
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2-3 cawan air
sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu
senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan 
tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & 
digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan 
yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. 
Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. 
Angkat &  hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk 
bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan
dengan sambal belacan.







Laksam - Langkah Demi Langkah
















Laksam

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk 
memudahkan di tuang ke dalam bekas.











Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau 
apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.












Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung 
periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi 
menggelembung seperti gambar di bawah.






Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung 
gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.















Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan 
terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.















Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam 
pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.













Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, 
gunting laksam ini nipis nipis.







Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam 
pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman 
serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.























Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga 
mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, 
bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis









Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam


Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang 
di atas laksam tadi.






Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. 





Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin,
tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan 
di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri 
semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.








Boleh juga dimakan dengan laksa beras kerana laksa Kelantan dan laksam menggunakan kuah yang sama. Laksa beras sedang direndam.




Enjoy....











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...