Khamis, 6 Jun 2013

! IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA

                                         IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA
rsz_dsc_5307

Credit to pic owner

                   Masakan ini sangat sedap,  Tapi yang paling penting nak masak pun tak lah susah sangat.  Yang penting tiga rasa tu mesti ada iaitu masam, manis dan sikit masin...kan...nenas tu yang menambahkan rasa masam dan manis. Kalau guna nenas kiub dalam tin tu kita boleh masukkan sikit air manisannya.  Kalau tak boleh letak gula sendiri.  Buat sendiri dan rasakan kepuasannya bila menjadi dan kita masak dengan kasih sayang...tak payah pegi restoran kan. Tengah hari tadi dah masak dah.

Cuci bersih-bersih dan boleh guna tepung untuk buang bau hanyir ikan.



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal yang telah siap dibersihkan*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*dilumur dan perap sekejap)
1 camca besar sos plum
1 camca besar sos tiram 
2 camca besar sos cili thai 
1 camca besar cili kisar
1/4 traffic light capsicum (merah, kuning, hijau) didadu
1/3 cawan nenas yang telah didadu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
Sedikit air
Sedikit kicap cair

C
ARA MEMBUATNYA :-)

  1. Goreng ikan bawal tadi hingga kuning keemasa pada kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam pinggan seseuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah nenas dan bawang besar, masak hingga layu. Tambah sos plum, sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan air dan tambah traffic light capsicum, dan kicap cair secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi, ratakan dan boleh hidang bersama nasi hangat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...