Jumaat, 7 Jun 2013

NASI TOMATO KUKUS


      Suka sangat nasi tomato tapi selalunya makan kat restoran je.  Tak confident lagi nak buat sendiri.  Tapi tengah hari nie macam berkobar-kobar pulak nak masak sendiri...harap-harap jadi le.


 NASI TOMATO KUKUS

Bahan-Bahan: 
5 cawan beras Basmathi - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b majerin/minyak sapi 
5 s/b minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan) 
Daun pandan disimpul atau daun sup cincang 

Bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

Cara: 
1.   Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak
      sapi hingga kuning dan naik bau. 

2.   Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata. 
     Tambah air, daun pandan dan  masak sehingga air mendidih.  

3.   Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.





4.    Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan lahan supaya nasi tidak patah 5.    Boleh dihidangkan bersama lauk Beriani Kambing, Ayam Masak Merah dan
       Dalca atau Acar Timun...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...