Jumaat, 7 Jun 2013

APAM POLKADOT SEDAP

                 
 Cantik dipandang, sedap dimakan..





Bahan²:

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus @ gula kastor


150 ml susu segar atau susu cair (sejuk)

3 sudu teh baking powder = ayak skali dgn tepung gandum


3 biji telur sejuk dari peti ais


1 sudu kecil ovelette


1 sudu esen vanilla


Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing.


Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan. sebaik2nya guna yg oil base.


Langkah-langkahnya: Mudah jer…

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok


2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.


3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi

i.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.


5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.


6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.


7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…mkn ler hehe…Mudah jer kan?

 Sedikit Tips untuk anda:


**Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah 


atau mekar.


**Gunakan api yang sederhana sahaja.


**Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air 


wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.


**Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan kita yang lain, semoga ianya 


bermanfaat.selamat mencuba! 



Credit to picture owner.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...