Bahan-Bahan: | |
1 kg laksa (dicelur) 1 kg ikan kembung 2 batang bunga kantan 5 keping asam gelugur 10 biji cili padi 1 tangkai daun kesum 2 sudu besar otak udang 2 batang serai (diketuk) | 4 liter air 1 biji timun (dihiris) sedikit daun salad (dihiris) 2 biji bawang besar (dihiris) 2 sudu besar cili kisar 4 biji telur rebus Garam secukup rasa |
Cara: | |
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus. |
Jumaat, 7 Jun 2013
LAKSA PENANG
Saya sebenarnya tak berapa minat laksa penang nie. Yela, orang Johor mestilah minat laksa Johor kan. Tapi cuti sekolah lepas on the way nak ke Langkawi..singgah Bukit Bendera. Order la laksa Penang untuk alas perut. Lepas rasa alamak sedapnya...ditambah lagi dengan otak-otak..pas tu terus jatuh cinta tapi nak makan yang macam kat Penang aje la.. nie nak share resepinya..meme sedap.
LAKSA PENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan