Isnin, 6 Oktober 2014

IKAN SIAKAP MASAM MANIS ALA THAI..







BAHAN-BAHANNYA :-)


1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
2 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 camca besar sos cili Thai
1 camca besar cili kisar
Sos ikan dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2. Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.
Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...