Rabu, 29 Mei 2013

Nostalgia Masakan Emak

 


RABU 19 REJAB 2013, 29 Mei

       Masakan emak ialah masakah yang paling lazat dalam dunia. Apa saja yang dimasak oleh emak sedap belaka.  Air tangan ibu la katakan.  Kalau makan tak bertambah memang tak sah.  Daripada kecil, tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah sehinggalah memanjat tangga ke menara gading, masakan mak sentiasa dikenang.  Pernah minggu pertama di universiti tak lalu makan sebab teringatkan masakan mak.  Kadang-kadang termenung teringatkan mak di kampung sambil tu mulut terlopong dan air liur pun meleleh. Kechur kata orang jawa (agaknya).. Mak apa agaknya lauk yang mak masak hari nie ye.
       Kalau Hari Raya jangan cerita la...lagi meriah..perghhh...mak saya punya masakan kalah chef2 di Malaysia nie..Kalah Chef Wan..gitu.  Malangnya saya tak banyak belajar memasak daripada mak.  Almaklum la asyik belajo aje.  Mak pulak tak kasi ke dapur.  Biar emak yang siapkan semua...kamu pegi belajar sana..katanya.  Sambil belajar hidung kembang-kempis bau masakan mak yang sangat menusuk hidung dan jiwaku.
       Anda tentu ada masakan favorite yang dimasak emak kan.  Ini antara makanan yang sering dimasak oleh emak untuk keluarga ku.

Resepi Nostalgia 1.

KARI IKAN KEMBUNG



         Tengah hari tadi saya masak kari ikan kembung hijau...untuk mengembalikan nostalgia memasak bersama-sama emak.   Sehingga menjilat jari.



Resepi Nostalgia 2

                                         Ayam Masak Sambal Kicap


Kebiasannnya kalau masak ayam sambal atau ayam kicap, Mak selalu gorengkan ayam terlebih dahulu. Tetapi resepi ayam masak sambal kicap kadang-kadang tak perlu digoreng. Menjimatkan masa dan mengurangkan minyak dalam masakan. Ditambah pula dengan daun limau purut menambahkan aroma masakan dan membangkitkan selera.


      Lauk ayam nie juga menu utama anak saya pulak.
      Kalau nak resepnya ada kat Menu Warisan.

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...