Sabtu, 30 Ogos 2014

Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap




Bahan-bahan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap


Bahan A (untuk puding karamel):

6 biji telor saiz sederhana
1 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil tepung jagung

Bahan B (untuk karamel):


10 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air panas

Cara Menyediakan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap:


1. Mula-kita kita sediakan untuk karamel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan betul-betul cair dan tidak berketul (lebih kurang dalam 8 - 10 minit).

2. Bila gula telah bertukar keperangan, masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.

3. . Kemudian prepare masak untuk puding karamel, panaskan kukusan. Kisarkan semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan blender. 

4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebih kurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).

5. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan betul-betul sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan. 

6. Siap untuk dihidangkan

Puding Cendol



PUDING CENDOL 
Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah
Cara-Cara:-
  1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.

Puding Trifle




BAHAN-BAHAN :

1 ketul swiss roll (apa2 perisa pn bole tp pandan lg sedap)
1 tin buah koktail (asingkan buah dan airnyer)
1 kotak jeli segera perasa strawberry/rasberry (sy guna brand Nona)
1 tin susu cair
2 gelas air
6 sudu tpg kastard
6 sudu gula
sedikit esen vanilla

CARA-CARA :

1. Potong swiss roll dan susun dlm bekas
2. Basah2 kan swiss roll dgn air koktail dan letak buah koktail sket.
3. Campur semua susu cair, air, tpg kastard, gula n esen vanilla. Masak atas api yg agak sederhana.  Perlu di kacau tanpa henti utk elakkan kastard berketul.
4. Bila kastard dah masak, tuangkan atas susunan swiss roll td. Letakkan lapisan koktail lg sekali.
5. Masakkan jeli segera (ikut je arahan kat kotak) dan tuangkan. Tunggu sejuk dan simpan dlm peti ais.

* Boleh buat dlm cup kecil2 utk mudahkan anak2 nak makan..

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...