Khamis, 3 Julai 2014

TAHU GORENG CHINESE SEDAP

Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan Al Mubarak..

      5 Ramadhan..masih tak berselera.  Teringat nak masak salah satu lauk yang paling saya gemari jika berkunjung ke mana-mana restoran.

Tahu Goreng Chinese.....makan panas-panas ..alahai sedapnya ,,,pada saya lah , kalau orang lain saya tak tahu pulak.  Biasanya sepinggan tahu nie dalam 8.00 hingga 10 ringgit.  Jadi berazam nak cuba masak sendiri supaya boleh makan banyak-banyak bersama suami dan anak.


Jadi sahur pagi tadi ..menu saya ialah kari ikan bawal kuning lebih berbuka, fish nugget masak masam manis...pes masam manis ada banyak lagi masa saya masak ikan siakap tiga rasa hehe...dan TAHU GORENG CHINESE....Air buah dan air kopi... Tahun nie berazam untuk masak sendiri dan kalau boleh tak mahu berkunjung ke bazaar kecuali kalau nak beli kuih atau murtabak kegemaran anak saya aje.  Saya nak buat murtabak belum jadi lagi.

Ini lah rupanya Tahu Goreng Chienese ,,,,sedap!!!




Nak resepinya tak?  Masak sendiri berbaloi-baloi...senang je masaknya..15 minit siap.

Bahan-bahannya:

2 ulas bawang putih (cincang)
dua ulas bawang merah (hiris nipis)
1 tangkai lada merah/lada cili (kalau nak pedas)
daging yang dah direbus dan dihiris nipis
4-5 ekor udang...ikut suka la

2 keping tahu (belah dua goreng jangan garing - biar lembut - dah sejuk hiris setiap keping kepada 2 atau tiga ikut suka..jangan hancur ye)

sayur-sayur:
bunga kobis
karot - potong nipis ..berbunga2 ke ikut suka)
putik jagung
sawi
cendawan hitam
cendawan butang (jika suka)

potong sayur-sayur seperti nak masak sayur biasa ye.
1 kiub ayam
3 sudu besar sos tiram
telur sebiji (pukul sedikit)
satu sudu besar tepung jagung(bancuh dengan air utk pekatkan kuah)
air secukupnya

Cara nak masak:

1.    Tumis bawang putih dan bawang merah
2.    Masukkan karot dulu(lambat empuk) - pastikan api kecil aje nanti hangus
3.    masukkan sayur2 lain kecuali sawi...last sekali
4.    dah agak empuk masuk kiub ayam dan sos tiram gaul..
5.    masukkan air secukupnya...mesti berkuah kerana telur dan tepung jagug 
       akan menyebabkan kuah pekat..kalau pekat sangat tak sedap.
       masukkan tahu yang dah dihiris tadi...
6.    masukkan telur...kacau lagi
7.    akhir sekali masukkan tepung jagung...agak2 aje ..
8.    sesuaikan rasa...kalau terpekat..masukkan lagi air..tambah sos tiram kalau perlu...jangan masak lama sangat nanti sayur lodoh tak sedap ye.

Siap..hiaskan dengan bawang goreng..makan panas-panas...

Yang baru nak cuba ...SELAMAT MENCUBA..!!!



background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...