Isnin, 6 Oktober 2014

Ikan Siakap Kukus Chinese Style







Ikan Kukus Chinese Style
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
2 inci halia muda - potong memanjang
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - potong memanjang
Sedikit daun ketumbar
Sedikit cili padi
2 sb minyak masak

Bahan sos:
4 sb kicap cair
5 sb stok ayam
1/4 sk minyak bijan
3 titis lada sulah

Cara cara:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur lada sulah dan garam di luar dan dalam ikan.

Letakkan halia dan bawang putih yang dihiris halus. Panaskan kukusan dan kukus ikan selama 8 minit.



Panaskan kuali dan masak minyak masak sehingga minyak panas. Curah minyak panas ke atas ikan. Tutup pengukus seketika.



Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur dengan daun bawang dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan



IKAN SIAKAP MASAM MANIS ALA THAI..







BAHAN-BAHANNYA :-)


1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
2 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 camca besar sos cili Thai
1 camca besar cili kisar
Sos ikan dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2. Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.
Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera..

SIAKAP TIGA RASA







Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng) 
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

 Bahan-Bahan Sos:
 2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Cara:
Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. 

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. 

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Green Peas Cookies






sumber : Blog Sinar Kehidupanku
Bahan-Bahan
1 cwn Tepung Kcg Peas
1 cwn Tepung Gandum
1/2 cwn Gula Aising
1/2 st Baking Powder
1/2 st Garam
1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara
Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

Green Princess Cookies




Sumber:  Blog Sinar Kehidupanku

Bahan A
100 gm mentega
75 gm minyak sapi
60 gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
50 gm serbuk badam
15 gm tepung beras
220 gm tepung gandum
Bahan hiasan :
Coklat masakan putih
Manik gula warna warni
Cara-Cara
Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan menggunakan acuan.
Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.( Setelah siap, saya letak dlm peti ais selama 10 minit supaya coklat putih cepat membeku)

Chocolate Almond Crunchy



Bahan-bahan
Sumber:  Blog Sinar Kehidupan


420 gm tepung red rose (saya guna 400 gm tpng gandum+ 20 gm tpng jagung)
30 gm serbuk koko
250 gm mentega
20 gm shortening
160 gm gula kaster
2 tsp baking powder
2 biji kuning telur
100 gm badam hiris - di panggang dahulu
Hiasan : Coklat putih di cairkan dahulu dan picit menggunakan piping bag

Cara-cara :
Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. Ketepikan.
Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan pukul sebati.
Masukkan tepung dan badam hiris, uli hingga menjadi doh.
Canai dan terap mengikut acuan kegemaran.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.
Sejukkan dan paipkan coklat putih cair.
** Setelah siap paipkan coklat putih, saya letak ke dlm peti ais dlm 10 minit supaya coklat putih tu beku semula. Selamat Mencuba.

Khamis, 2 Oktober 2014

Resepi Paprik Ayam



paprik ayam




Resepi Paprik Ayam
Sumber:  Resepi.Chef


Bahan-bahan untuk membuat Paprik Ayam:
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 batang serai, titikkan
3 ke 4 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos nampla (sos ikan, cap sotong)
7 ke 10 helai daun limau purut hiris halus
4 ke 5 sudu besar minyak masak
Ayam potong kecil (3 bahagian)
1 biji cili benggala
1 cekak cendawan tiram
1 batang lobak merah dipotong bulat
8 ke 10 biji cili api  dipotong serong
½ mangkuk kacang panjang
1/3 mangkuk bunga kobis
1 biji bawang Holland potong biasa
1 biji limau nipis ambil jus dan buang biji
Gula dan garam secukup rasa
Gunakan api besar sepanjang proses memasak.

Cara-cara memasak Paprik Ayam:
Panaskan kuali, masukkan minyak masak, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing dan masukkan cili kisar, tumis lagi sehingga garing, kemudian masukkan ayam dan garam secukupnya, biarkan masak.
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos nampla. Biarkan sebentar dan seterusnya masukan lobak merah, cili benggala, bunga kobis, bawang Holland, cili api, daun limau purut, kacang panjang. Biarkan sebentar.
Agak semua dah masak, masukkan cendawan tiram dan tutup api.
Tambah jus limau nipis dan gula. Pastikan cukup rasa pedas, manis, masin dan sedikit rasa masam.
Enak dihidang bersama nasi panas dan telur dadar. Cukup untuk 4 ke 5 orang makan




KUIH KERIA

KUIH KERIA


SUMBER:  dAPUR gEE-hUT
Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)

1 cawan tepung gandum

1/2 s/k garam

Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.

2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan

3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.

4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.



PUDING KARAMEL LAZAT

rsz_agar2_karamel1


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 gram serbuk jelly (Konnyaku)
100 gram gula pasir
600 ml air
400 ml susu cair @ sejat (Ideal)
1 camca besar penuh tepung kastard (cm guna Bird Custard)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan gula pasir*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

Masak 3/4 cawan gula pasir tadi hingga cair dan perang, berhati2 masukkan air. Kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Kemudian tuang dalam bekas untuk membeku agar2, ratakan.
Satukan serbuk jelly dan 100 gram gula pasir, kacau rata dan tuang air, masukkan daun pandan dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, biar gula dan serbuk jelly larut. Kacau sentiasa.
Sementara itu, satukan susu sejat, tepung kastard dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan tapis. Masukkan ke dalam periuk berisi jelly tadi. Kacau rata dan masak sekejap (ia akan kelihatan sedikit pekat). Matikan api.
Keluarkan daun pandan dan tuang dalam acuan yang berisi karamel hingga penuh. Biar hingga hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Keluarkan dari acuan dan hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk..

rsz_agar2_karamel

Rabu, 1 Oktober 2014

APAM NASI - Versi 2

APAM NASI - Versi 2
Sumber:  Buku Resepi



2 cwn nasi sejuk
2 cwn tepung beras*
2 cwn tepung gandum*
2 1/2 cwn air
1 1/2 gula pasir
1 bngkus yis (mauripan)
Secubit garam
Sdikit minyak masak
~ayak bahan bertanda *...masukan dlm 1 bekas...ketepikan dulu
~blande nasi, gula, garam dan air...blande sampai hancur halus...
~ambil bekas yg berisi tepung yg telah di ayak tadi...masukan yis...kemudian tuangkan adunan blande...ditapis ye (utk mhasilkn apam yg ringan) klu adunan nasi sangkut kat pnapis...ambil sudu kacau2kan....dah siap proses mnapis...kacau sebati aduan...perap selama 1 jam...
~bila dah 1 jam...kacau adunan...kacau sebati...sapukan sdikit minyak di acuan...tuangkan aduan kdlam acuan...klu suka bleh lukis bunga di atasnye
~kukus slama 15 minit dgn api sederhana (sblom tu...panaskan pgukus dulu ye)
~dah masak...sejukkn dulu baru kluarkn dr acuan.......boleh dhidangkan bersama kelapa parut yg dcampur sdikit garam dan dkukus sbentar....slmt mcuba

Resepi Biskut Sarang Semut






Resepi Biskut Sarang Semut



Bahan-bahan :

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan:

Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil

Cara membuat:

1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup)
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...