Sabtu, 30 Ogos 2014

Puding Cendol



PUDING CENDOL 
Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah
Cara-Cara:-
  1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...