Jumaat, 7 Jun 2013

NASI DAGANG TERENGGANU



Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum 
dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak 
(nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar 
lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus dan kukus sehingga masak. 
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar dan tabur halba, halia, 
bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan 
sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dr tepi 
perlahan lahan sambil digembur gemburkan.




















Gulai Ikan Tongkol Stail Terengganu

Bahan bahan:

1 ekor ikan tongkol hitam

Asam keping
Garam

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
5 tangkai bunga cengkih - ganti dg rempah cap rose
2-3 sb ketumbar - ganti dg rempah cap rose
1-2 sb jintan manis - ganti dg rempah cap rose
Cili boh atau cili kering - sesuka hati

Bahan lain
Santan secukupnya
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose
Garam
Gula melaka
Serbuk perasa
1 batang kulit kayu manis
2 asam keping
Cili padi
Belimbing buluh, jika suka

Cara cara:
Rebus ikan tongkol dengan sedikit air, garam dan asam keping sehingga air
agak kering. Angkat dan ketepikan.
Masakkan santan ke dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan rempah cap rose dan bahan yang dikisar dan masaklah hingga naik
 minyak.
Masukkan garam, asam keping,  gula melaka, serbuk perasa dan akhir
sekali masukkan ikan tongkol rebus.
Rasalah garam, masam dan manisnya dan masukkan cili padi dan buah
belimbing buluh. 
Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

nota:
Saya tak meletakkan bunga cengkih, ketumbar dan jintan manis
dalam bahan kisar. Sebaliknya menggantikan dengan rempah gulai dan
rempah masak cap bunga Rose.

Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, 
gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak 
dan wangi serta cantik naik minyak nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...