Jumaat, 7 Jun 2013

LAKSA PENANG

         Saya sebenarnya tak berapa minat laksa penang nie. Yela, orang  Johor mestilah minat laksa Johor kan.  Tapi cuti sekolah lepas on the way nak ke Langkawi..singgah Bukit Bendera.  Order la laksa Penang untuk alas perut.  Lepas rasa alamak sedapnya...ditambah lagi dengan otak-otak..pas tu terus jatuh cinta tapi nak makan yang macam kat Penang aje la.. nie nak share resepinya..meme sedap.


 LAKSA PENANG




Bahan-Bahan:
1 kg laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Garam secukup rasa
Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.
Laksam   
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 
Bahan-Bahan:
Bahan Kuah:
300 gm isi ikan
150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 kiub pati ayam
Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris)
Minyak masak, garam & lada sulah
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2-3 cawan air
sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu
senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan 
tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & 
digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan 
yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. 
Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. 
Angkat &  hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk 
bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan
dengan sambal belacan.







Laksam - Langkah Demi Langkah
















Laksam

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk 
memudahkan di tuang ke dalam bekas.











Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau 
apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.












Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung 
periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi 
menggelembung seperti gambar di bawah.






Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung 
gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.















Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan 
terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.















Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam 
pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.













Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, 
gunting laksam ini nipis nipis.







Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam 
pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman 
serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.























Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga 
mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, 
bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis









Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam


Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang 
di atas laksam tadi.






Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. 





Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin,
tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan 
di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri 
semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.








Boleh juga dimakan dengan laksa beras kerana laksa Kelantan dan laksam menggunakan kuah yang sama. Laksa beras sedang direndam.




Enjoy....











LAKSA JOHOR SPECIAL


Laksa Johor Special 





Bahan-Bahan:1 peket mee laksa (dicelur & ditoskan)
½ kilo ikan parang (direbus & diasingkan isi dan tulang, dikisar)
1 senduk minyak
Santan cair
Garam, serbuk perasa

BAHAN TABUR:
250gm taugeh (dibuang ekor & dicelur)
2 biji bawang besar (dihiris tipis)
2 biji timun (dibuang kulitnya & empulurnya,dihiris halus)
30gm daun kesum (digunting halus)
Sedikit lobak jeruk
5 biji limau kasturi (dipotong)

BAHAN GILING:
2 batang serai
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
10 biji bawang merah
1 peket kerisik
1 senduk serbuk kari
1 batang kayu manis

BAHAN UNTUK SAMBAL:
Sedikit belacan yang telah dibakar
10 tangkai lada merah
Sedikit serbuk perasa
(dikisar bersama)
Cara:Tuangkan minyak sesenduk kedalam periuk. Tumiskan bahan giling sehingga naik bau. Masukkan santan, garam & serbuk perasa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar.Kemudian siap untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:MAsukkan Mee laksa kedalam mangkuk. Taburkan taugeh,limau kasturi,timun,daun kesum,bawang besar,lobak jeruk & sambal belacan. Tuangkan kuah diatasnya. Kemudian bolelah dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga. SELAMAT MENCUBA!!!









LAKSA JOHOR JATI

Laksa Johor Jati   
 
Bahan-Bahan:
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk)
1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus
Sambal belacan 
Cara:
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.

2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.

3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.
Cadangan Hidangan:
10 ORANG
Tambahan:
Petua: Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan.jika terlalu pekat campurkan denga air atau santan

LAKSA JOHOR ASLI



Laksa Johor
Air Tangan Ibu


Bahan-Bahan:
Untuk kuah
1.seekor ikan tenggiri/parang sederhana besar - rebus, separate the flesh from the bones, blend separately
2.dua ekor ikan kembung - as above
3.segenggam udang hidup - rebus dan blend
4.segenggam udang kering - rebus dan blend
5.ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- rebus dan blend
Note: bahan 1 dan 2 boleh buat sekali, bahan 3,4,5 boleh buat sekali Air rebusan jangan dibuang. Guna air yang cukup cukup shj.
6.20 ulas bawang merah (shallots)- blend
7.10 ulas bawang putih - blend 
8.dua peket kecil perencah kari ikan Adabi - mix with a little water to form paste
9.asam jawa - segenggam - bancuh dengan air rebusan ikan(sesuaikan rasanya la)
10. 10 cili kering (rebus dan blend) or boleh guna dua sudu cili boh (kalau
tak suka pedas, jangan guna langsung)
11. santan (from sebiji kelapa) boleh guna santan segera
12. kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
13. gula, garam
14. minyak untuk tumis
15. 2 serai, dititik (atau boleh blend dengan bawang) 
Cara:
Gunakan api sederhana and keep stirring)
1.Perapkan ikan & udang yang telah dihaluskan dengan santan selama 2
    jam.
2. Masukkan cili boh (jika nak pedas ye)and paste kari, - goreng sampai
    terbit minyak, masukkan kerisik dan gaul rata.
3. Masukkan isi ikan, udang, ikan kering and udang kering
4. Masukkan air asam jawa (bancuh dengan air rebusan)
5. Bila agak mendidih, masukkan santan, adjust airnya
6. Biar mendidih
7. Adjust the gula and garam
8. Biarkan mendidih and boleh rasa, kalau kurang masam boleh
     masukkan 1 atau 2 keping asam gelugor. 
Cadangan Hidangan:
Untuk hidangan
1. Satu peket spaghetti, rebus al dente* - laksa Johor ni kalau guna laksa beras tak sedap
2. Sebiji timun - hiris bulat dan mayang halus (macam batang mancis pun boleh)
3. Taugeh - basuh
4. Daun selasih - basuh dan mayang
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak (optional) - basuh dan hiris nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. Sambal - (10/15 cili kering rebus/cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan bakar anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)

Method
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, campurka sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata) 
Tambahan:
Makan dengan tangan lagi best.

(* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit(ikut instruction kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. This is to avoid the pasta from continuing cooking in its own heat. kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji)

Cuba jangan tak cuba.  Pahala untuk ibu saya. tq 

LAKSA JOHOR - My Favourite

Resepi Laksa Johor 

Bahan utama  :
2kg ikan kembung

Ikan direbus dengan sedikit garam dan asam keping.  Kalau ikut petua,  letakkan 1 
atau 2 camca makan cuka untuk mengelakkan ikan hancur ketika direbus.
Cara-cara menyediakan rebusan ikan  :
1.  Tapis ikan yang telah direbus.  Jangan buang air rebusan itu.  Masukkan ke dalam bekas 
berasingan.

2.  Asingkan isi dan tulang ikan yang telah direbus tadi ke dalam dua bekas yang berasingan.

3.  Kisar tulang ikan (dengan sedikit air) sehingga lumat.  Tapis hasil kisaran tulang ikan itu
 untuk mendapatkan jus kisaran tulang ikan.  Jus kisaran tulang ikan itu boleh dicampur dengan
air rebusan ikan yang pertama tadi.  Ulang proses ini sehingga tulang menjadi putih.


4.  Kisar isi ikan dan campurkan dengan air rebusan ikan + jus tulang ikan tadi.

Bahan kisar  :
4-5 cm  halia
3cm  lengkuas
15-20 tangkai cili kering
7-8 ulas  bawang merah ,
5-6 ulas  bawang putih
9-10 batang  Serai
3 kuntum bunga kantan
Daun kesum (diasingkan dari batang)


Bahan-bahan siap untuk dikisar.

Bahan tumisan / rebusan :
3 paket kecil rempah kari daging/ikan Baba's
1-2 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
7-8 keping asam keping
½ kilo santan
1 tin susu cair


Tips untuk kisar cili kering.  Rebus/rendam cili kering dalam air panas.  Blend 
dengan  air dan sedikit minyak masak. Kisaran akan lebih halus dan berkilat cantek.

Bahan sampingan  :
Sambal belacan  (cili hidup + belacan dibakar + gula + garam ditumbuk)
Kacang panjang
Timun jepun
Limau nipis
Tauge (tak perlu celur)
Spaghetti  (direbus)


Cara-cara:

1.   Tumis serai yang diketuk sehingga naik bau.  Masukkan rempah dan tumis seketika.

2.  Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.  Tumis dan kacau hingga pecah minyak.



3.  Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan yang telah ditapis. Masukkan asam keping, garam ,
gula, daun kesum, bunga kantan yang dibelah.





4.  Tunggu kuah mendidih.  Masukkan santan dan susu, kecilkan api. Tunggu 
sehingga kuah mereneh dan tutup api.




5.  Rebus spaghetti dan gaulkan dengan minyak.

6. Laksa johor boleh dinikmati dengan bahan sampingan.  Sila tengok gambar-gambar 
di bawah untuk melihat cara hidangan laksa Johor.


Inilah cara potongan kami.  Maybe u olls ada cara sendiri.  Terpulang.





RESEPI LAKSA JOHOR VERSI 2
RESEPI LAKSA JOHOR VERSI 3 

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...