Isnin, 29 September 2014

Apam Pisang Coklat Rice






Apam Pisang Coklat Rice


Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya

1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan,  dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...