Sabtu, 27 September 2014

PUDING TAHU BERKUAH LAICHI...YUMMY....SEHINGGA MENJILAT JARI!!







Bahan-bahan :
Bahan A:
1 tin laici
11/2 - 2 tin laici air kosong


Bahan B:
18 gram agar-agar strip- rendam dan toskan
11/2 liter air
4 sb gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan C:
1 tin kecil susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan santan

Langkah-langkah membuat:
1. Masakkan bahan A kecuali buah laici. Sejukkan di dalam petiais. Ini untuk kuah puding .
2. Masakkan pula bahan B. Mula2 masakkan agar 2 dan air hingga agar2 hancur.
2. Masukkan gula dan daun pandan. Masakkan hingga gula itu larut.
3. Satukan bahan C dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam bahan A dan biarkan mendidih sekejap.
5. Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
6. Tapiskan semasa dimasukkan ke dalam acuan.
6. Simpan di dalam peti. Hidangkan bersama dengan kuah semasa memakannya.




Catatan:
* Jangan dimasukkan panas2 ke dalam acuan..nanti puding tak cantik..ini pesanan penaja..
* Boleh dibekukan didalam bekas kecil dan terus dihidangkan .
* Puding ni lemahlembut dan perlu dimakan dengan sudu.
* Puding ini sedap dimakan dengan kuah puding yang banyak. Selamat mencuba!





Puding Tahu..VERSI 2

Puding_tauhu_2


Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
Cara-cara

Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Puding_tauhu_1 Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...