Isnin, 29 September 2014

GULAI LEMAK REBUNG SAMA IKAN MASIN KURAU...







GULAI LEMAK REBUNG SAMA IKAN MASIN KURAU...


BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram rebung segar yang telah dihiris nipis, celur sekejap dan toskan
4 - 5 ketul isi ikan masin kurau, rendam 30 minit
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub ikan bilis (optional)
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung, warna hijau (cm campur skit yang warna merah)
1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebung yang siap ditos tadi, masukkan ke dalam periuk bersama2 serai titik, bahan kisar halus dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, kacau rata dan masak hingga rebung lembut. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air..
Tambah asam gelugor, ikan masin kurau (toskan) dan juga pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....
CATATAN MAT GEBU :- Kenapa cm tak letak ikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...