Khamis, 25 September 2014

Kerepek Gunting

 

 









Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan bawang merah & putih goreng - hancurkan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk halus
1 sudu makan jintan manis - ratakan
2 sudu makan serbuk kari - ratakan
2 pelepah daun kari - lurutkan
 1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI atau garam
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas
minyak

Cara:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.
2. Masukkan bawang merah & putih yang dihancurkan, udang kering tumbuk, jintan manis, serbuk kari dan serbuk pati ayam MAGGI.
3. Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.
5. Biarkan adunan selama 10 minit.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut suka dan bulat-bulatkan untuk memudahkan proses mencanai.
7. Taburkan sedikit tepung gandum di tempat untuk mencanai supaya tidak melekat. Canai doh sehingga nipis dan kemudian bolehlah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Anda boleh gunakan pisau yang tajam atau gunting.
8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.
9.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.
10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...