Selasa, 30 September 2014

Cucur Tauhu Sedap



Cucur Tauhu Sedap

Bahan-Bahan
3 keping tauhu
200 gm udang (dibuang kulit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (di cincang)
2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
2 cwn tepung gandum*
1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
2 cwn air- tuang sikit2
garam secukup rasa
2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur
Sos cili (sebagai pencecah)
Cara Membuat
Tauhu dan udang dipotong kecil.
Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
Gorengkan sehingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...