Sabtu, 27 September 2014

PUDING NESTY FRUITY CHEESE

 




 

BAHAN A (1 adunan)
300 g Butter
2 cawan nestum

1. Masukkan butter kedalam kuali dan cairkan diatas api.
2. Masuk kan nestum dan goreng sehingga GARING dan wangi (Tapi pastikan jangan sampai hangit hehehe...)
3. Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat dan rata. (Keadaan nestum ketika ini adalah saperti serdak-serdak dan tidak melekat antara satu sama lain, jangan risau. Apabila disimpan dalam peti sejuk nanti ia akan keras dan melekat antara satu sama lain)
4. Simpan dalam peti ais selama 4 jam  atau semalaman supaya keras (selalu nya bahagian A ini saya buat dimalam hari, jadi esok terus buat bahagian B dan C pula)

BAHAN B
1 tin susu pekat F&N (boleh dikurangkan kepada 3/4 tin jika kurang gemar rasa terlalu manis. Ini adalah kerana serbuk 'Puding  NONA' sudah tersedia manis)
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa (sukatan tin susu diatas)
60 gram serbuk 'Puding jenama NONA (Perasa asli dan tanpa warna. Tetapi jika tiada, yang berperisa buah-buahan lain pon boleh)

BAHAN C
250g cream cheese Fhiladelphia
7 biji limau kasturi (perah air nya)
1 tin fruit cocktail (Tapis dan ambil buah nya sahaja)

Cara-Cara Memasak Puding:-
1. Masukkan bahan B kedalam periuk dan masak sehingga serbuk puding larut.
2. Putar creame cheese ~ 5-7 minit
3. Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau  ke dalam adunan cheese dan putar dengan kelajuan perlahan supaya semua nya  bercampur.
4. Tuangkan kedalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang telah dikeraskan.
5. Taburkan buah-buahan cocktail diatas nya.
6.Simpan di dalam peti ais selama > 6 jam atau sehingga beku.

Kredit kepada Kongsiresepi,Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...