Isnin, 29 September 2014

LEMAK NENAS SAMA IKAN MASIN KURAU..





LEMAK NENAS SAMA IKAN MASIN KURAU..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas Sarawak saiz sederhana, kupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal
4 ketul tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam 30 minit
2 keping hirisan isi ikan kurau, cuci dan rendam 30 minit
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 keping hirisan nenas (dari bahan2 di atas)

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan bahan2 kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah tulang ikan kurau masin (toskan) dan nenas. Kacau rata dan masak hingga nenas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan tambah isi ikan kurau masin (tosk dan perah sedikit). Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...