Selasa, 30 September 2014

APAM DEWA


Kali pertama tau tentan apam ni

APAM DEWA
Sumber:  Blog Wonderful Life





6 biji telur ( orang dulu-dulu guna telur itik)
2 sudu besar jus oren sunquick
1  cawan penuh gula / 1 cawan + 2 sudu besar  lagi
1 sudu kecil ovelat
2 cawan tepung gandum
3 jenis pewarna makanan ( saya guna biru, hijau, merah)
Cara Membuat:
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
Pukul telur, gula, ovelat dan oren sunquick hingga kembang.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup dan balikkan sehingga rata.
Bahagikan  adunan kepada 4 bahagian dan  3 bahagian diwarnakan manakala satu bahagian saya biarkan dengan warna asal.





Masukkan ke dalam loyang selapis demi selapis. (Curah di tengah-tengah loyang)



Bila dah siap bolehlah mencorakkannya dengan  ambil sebatang lidi dan gariskan dari tengah loyang ke luar.







Kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana.
Inilah hasilnya



Selamat Mencuba.
Apam Dewa boleh dimakan begitu sahaja atau boleh disediakan sos kastad atau dicicah dengan air teh/ kopi pun boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...