Isnin, 29 September 2014
PUDING ROTI PISANG
PUDING ROTI PISANG
Bahan-Bahan:
4 cawan roti wholewheat, dipotong dadu (saya guna roti biasa je, lebihkan sikit)
4 cawan susu (saya ganti dgn air soya without sugar)
2 sdb butter
6 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
2 sdb esen vanilla
1 cawan kismis kuning
2 cawan pisang, dilecek
1/2 sdt serbuk kulit kayu manis (saya buat 1/4 tsp je)
Gula aising untuk hiasan
Caranya:
Rendam roti dengan susu selama sejam. Gris acuan 33cm x 22cm x 5cm dengan butter. Ketepikan.
Pukul telur, gula dan esen vanilla dan tuang ke atas roti yang direndam. Masukkan kismis, pisang dan kulit kayu manis. Kacau rata-rata.
Tuang adunan ke dalam acuan yang diletak di dalam dulang pembakar dalam yang separuh berisi air. Bakar pada 170C/340F selama kira-kira satu jam atau sehingga pisau yang dicucuk di tengah-tengah puding keluar bersih. Ayak gula serbuk ke atasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan