Isnin, 29 September 2014
Apam Jagung Pandan
Apam Jagung Pandan
Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam
Bahan B
200 gm isi jagung fresh
160 ml santan sederhana pekat / susu cair
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B
1 sudu teh pes pandan
Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)
Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam
Cara menyediakannya
1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2. Kisar isi jagung dengan santan / susu cair sehingga halus. Tuangkan dalam satu besen yang agak besar. Masukkan gula kastor, telur & pes pandan. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati. Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati. Rehatkan selama 1 jam.
4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik. Panaskan air dalam periuk kukusan.
5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam 3/4 penuh. Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil. Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye). Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.
6. Bolehlah hidang apam jagung pandan dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan