Isnin, 29 September 2014

Apam Pisang Kukus






Apam Pisang Kukus


Bahan-bahannya 
2 cawan tepung gandum 
8 biji pisang emas (sederhana besar) 
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) 
4 biji telur 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh baking soda 
1 cawan gula  
secubit garam 

Cara-caranya 
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan. 
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan. 
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. 

Nota  Boleh guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...