Sabtu, 27 September 2014

Biskut Red Velvet




Foto


RED VELVET CHOC CIPS COOKIESOleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Kempen : Seceria Air Tangan Ibu
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips

Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


tips
“Tunggu biskut sejuk sebelum dimasukkan dalam bekas dan menutupnya dengan kertas kedap supaya biskut tahan lebih lama,” katanya.


Di sini, Chef Weiss berkongsi cara menghasil­kan biskut Red Velvet yang enak dan menarik untuk dinikmati seisi keluarga.


Bahan-bahan untuk saiz hidangan 70 biji

• 120 gram marjerin
• 10 gram minyak sapi
• 100 gram pula kastor
• 120 gram tepung gandum (sudah diayak)
• 50 gram tepung beras (sudah diayak)
• 50 gram badam (dicincang)
• 1 biji kuning telur 
• 1 satu sudu besar serbuk koko
• 1/2 sudu besar esen vanila
• 1/2 sudu besar pewarna merah
• 30 gram coklat cip putih 
• 30 gram coklat cip

Berkongsi beberapa tip dalam menghasilkan biskut Red Velvet yang sedap dan menarik antaranya doh tidak harus dipukul terlalu kembang supaya biskut terbentuk cantik dan gula kastor digunakan kerana ia lebih mudah disebatikan.


“Biskut juga perlu ­dibakar dengan suhu sederhana untuk mengekalkan warna merah dan me­ngelakkannya menjadi keperangan. Ketika biskut dikeluarkan dari ketuhar, ia sepatutnya masih lembut apabila disentuh kerana haba yang tinggal di dalam biskut akan terus memasak biskut ketika proses penyejukan.


Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...