Isnin, 29 September 2014

APAM KENTANG








APAM KENTANG

Bahan-bahan
200 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum
1 camca teh instant yeast
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh pandan paste
1 sudu teh pewarna hijau
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
Bahan-bahan tambahan
Kelapa parut putih
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA
1.Kentang dipotong kecil dan rebus hingga lembut dan dikisar bersama santan, ketepikan.
2.Satukan gula pasir, air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan sukat 300 ml, biar suam.
3.Dalam satu bekas, satukan kentang yg dikisar bersama santan dan semua bahan gaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 30 - 40 minit.
4.Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuang 3/4 penuh pada setiap acuan dan kukus dengan api besar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa, jika suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...