Isnin, 29 September 2014

Apam Labu Manis






Apam Labu Manis  


Bahan A 
1 sudu besar tepong gandum  
2 sudu teh yis segera 
1 sudu teh gula kastor 
3 sudu besar air suam 

Bahan B  
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor 
1 biji telur A/B 

Bahan C  
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)  
1 sudu teh double action baking powder (DABP) 

Bahan D  
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap) 
Sedikit garam 


Cara menyediakannya

1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.

2. Lecek labu kukus sehingga halus. Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.

3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.

4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam.  Panaskan air dalam periuk kukusan.

5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh. Atau boleh juga masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil tersebut.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.

6. Bolehlah hidang apam labu manis dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.  Atau boleh juga dimakan begitu saja pun dah cukup sedap.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...