Isnin, 29 September 2014

UDANG MASAK LEMAK SAMA NENAS...









UDANG MASAK LEMAK SAMA NENAS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor udang kaki merah @ udang pengantin bersaiz besar
1 biji kecil nenas madu
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat (boleh juga ganti dengan daun limau purut, jika suka)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping kecil asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji buah keras, dihiris
1 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dibersihkan, kerat muncungnya dan buang kotoran dibahagian kepala udang (boleh rujuk di sini). Cuci dan toskan. Nenas dikupas, kemudian dibelah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Ketepikan.
Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan nenas dan masak hingga nenas lembut. Tambah udang dan asam gelugor. Kacau rata dan masak sekejap.
Tuang pati santan, masukkan daun kunyit (atau daun limau purut). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan udang masak. Kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah santan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...