Sabtu, 27 September 2014

SIPUT TUMIS SAMBAL BERLADO....


         Dah lama tak makan siput sedut tumis berlada.  Suka sangat, kadang-kadang tak makan dengan nasi..ratah macam tu je.  Kalau saya masak,,,kuah berladanya kena banyak ..barulah sedap masa makan. Pagi Jumaat hari tu pergi pasar Batu Pahat cari siput dapat dua bungkus.  Cuci dan tos dan buang bucu belakang atau ekor siput tu.  Akak guna playar..tak tau la dalam bahasa Melayu apa nama alat tu.

      Petua nak cuci siput tu sampai bersih kita gunakan hampas kelapa parut...ramas pelan-pelan lepas tu bilas dengan air bersih.  Lepas tu rendam sekejap dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyirnya. Bilas lagi dengan air bersih..toskan dan siap untuk dimasak.


Haa,,macam nie la rupaya siput sedut.



Siput Tumis Sambal Lada

BAHAN-BAHAN
1/2 kilogram siput-dicuci dan tos
12 tangkai cili kering-dikisar
10 biji lada cili
2 batang serai dititik
1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1sk asam jawa-ambil airnya
Garam  secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

 CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak secukupnya, masukkan serai goreng sampai layu. 
2. Kemudian masukkan  bahan-bahan kisar sehingga naik minyak dan berbau wangi.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan siput dan goreng kaup terbalikkan hingga sebati.
4.Biarkan mendidih seketika dengan api sederhana
Apabila telah masak boleh dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background

myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...