Ahad, 28 September 2014
Biskut Lapis Milo
Bahan-bahan
200g mentega
130g gula aising
2 biji kuning telur
1/2 sudu esen vanilla
300g tepung gandum
50g tepung jagung
50g nestum bijirin ( dikisar halus)
1 sudu milo
1 sudu kecil chocolate emulco
Cara-cara
sebatikan mentega, esen, gula aising dan telur
masukkan tepung jagung, tepung gandum dan bijirin nestum
uli lembut sehingga menjadi doh
bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian dicampukan dengan milo dan chocolate emulco dan satu lagi warna asal
canaikan adunan coklat dan potong selebar1/2" dan canaikan juga adunan asal dan potong juga 1/2"
tindihkan adunan coklat dan warna asal secara berselang seli warna sehingga 4 lapis
simpan adunan di dalam peti sejuk
bolehlah dipotong dan sapukan kuning telur dan hiaskan dengan manik love
bakar pada suhu 140 selama 30-35 minit atau sehingga masak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan